Wednesday, November 11, 2009

Kursus Kepimpinan Instruksional & Pembangunan Andragogi

Assalamualaikum…dah 4 hari aku di Institut Aminuddin Baki (IAB), Gohtong Genting Highlands…. Terasa lambat lagi nak balik umah..rindu kat mama n Auni…emm…pepun aku kena bekoran demi Negara tercinta..wah..dasyat…aku di sini masih berbaki 13 hari…aduh…lambatnyer…

Kursus yang diberi singkatan nama KIPA nie bermula 8hb hingga 24hb November 2009…17 hari tu..kursus nie bagi pensyarah2 baru Politeknik n Kolej Komuniti yang tak mempunyai sijil Iktisas (perguruan la tu)..sebelum nie semua senior2 aku kat kolej or poli amik KDC (kursus dalam cuti)..jadi bila time pelajar semua cuti, semua pensyarah2 mcm senior aku p UPSI la..KuiTHO la..nak amik DPLI (Diploma Perguruan Lepasan Ijazah)…rasanya la kot..tak igt la…pastu selama 2 tahun n setiap cuti semester depa p sana utk amik Diploma Perguruan tu…so diorang dah senior n dah masih2 konvo dah..

Bagi pengurusan yang baru nie, pihak atasan telah membekukan DPLI, maka diorang mewajibkan semua pensyarah2 baru mesti/wajib menghadiri kursus KIPA utk memantapkan pengajaran dlm bilik kuliah walaupun tiada DPLI…so kursus nie dipendekkan menjadi 2 minggu…

Apa yang membezakan DPLI dgn KIPA adalah sijilnya…yang dahulunya masing senior2 aku dpt Diploma Perguruan…aku just Sijil kehadiran jer…so sapa yang power???mesti la DPLI…pepun aku ttp sokong pihak atasan yang sentiasa mencari kaedah2 baru dlm pengajaran n pembelajaran (P&P) pelajar2 Kolej or Poli…dan memudahkan system pengurusan JPKK (Jabatan Pengurusan Kolej Komuniti) dan JPP (jabatan Pengurusan Politeknik)…

Pepun, kuharap ilmu yg ku perolehi dpt memantapkan lagi P&P aku di dalam kelas supaya pelajar2 aku sentiasa menjadi gembira n seronok dgn P&P aku serta subject yang aku ajar…AMIN

P/S : aku datang ke sini kerana “SAYA YANG MENURUT PERINTAH”

2 comments:

jane_KIPA 09 said...

oi hang promo noo kursus KIPA nih....baguih2.....hang msti ghindu kat TANGGA MAUT tu....hang sorg ker yg MENURUT PERINTAH??
mmg x sia2 gomen amik hang kja lecturer,mendidik anak bngsa...
aku bangga la dgn hang...
keep it up!!

mhafizrahim said...

tq la jane....email2 kawan2 tunggu sat na...