Thursday, July 30, 2009

Rahsia Peribadi di Sebalik Nama e-mail Seseorang

Gunakan Nama Penuh
Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya adysyammohdsaid@ yahoo.com . Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah
Contoh: Ady Syam Mohd Said Dia menggunakan alamat emelnya sebagai adysyam@yahoo. com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun
Contoh: adysyam2001@ yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya.. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini.. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran
Hehheh... ramai yg suka buat email begini..Contohnya tuntul_comel@ yahoo.com. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad
Contoh: abc123@yahoo. com. Nama diwakili dengan nombor + abjad sahaja. Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak ... kirim salam sahajalah..



P/S : hanya untuk keseronaokkan kerana jika anda mempercayainya ia adalah berdosa dari segi agama Islam...







Monday, July 27, 2009

Permata yang tidak ternilai pemberian YANG MAHA ESA

Tanggal 14 july 2009 jam 4:32am, Alhamdulillah....Rosmawatie Binti Abd Latif selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.95kg di Pusat Rawatan Mahsuri...utk pengetahuan rakan2..
13/07/2009 jam 10 mlm, rose dah rasa sakit2 pinggang...
14/07/2009 jam 1 pagi, rose bgtau aku ada kuar tanda2 darah...pastu rose makan biskut kejap..
jam 2 pagi, kami bertolak dari rumah sewa(Changlun) ke Pusat Rawatan Mahsuri..
jam 2.30 pagi, tiba di PRM dan terus ke Bilik Bersalin..
jam 4.30 pagi, alhamdulillah rose selamat melahirkan bayi perempuan...rose terus tidor keletihan...

Auni Dah Bagun Tidor...(dekat rumah Tok Hamidah)

Auni Sayang mama n abah (kat uamh Tok Midah lagi..bila nak umah Tok Bedah pulak???)

Auni lepas cukur rambut pada hari ke 7 (21/7/2009)

Auni Kekenyangan lepas minum susu....

anak rakan2...***sila klik pada gambar utk imej lebih baik

begitulah detik2 yang aku n rose lalui apabila nak menjadi ibu dan abah kepada Auni Batrisyia Binti Mohamad Hafiz...sedih melihat isteriku melahirkan anak...betapa seksanya aku melihat insan tersayang bertarung nyawa untuk melahirkan seorang cahaya mata..mungkin beginilah ibuku melahirkan aku...subhanallah...itulah kenangan pertama aku...sedih n nak menangis melihat isteri tercinta aku melahirkan Auni Batrisyia...apa yang aku hanya dapat membantu hanyalah berdoa,berselawat,mengucap dan macam2 lagi...

Disini aku letakkan gambar anak aku n anak rakan2 aku utk tatapan rakan2 semua..tq

** Ihsan Daripada Juniza Mahmud **

Salam semua…post kali ni sebagai memenuhi kehendak apis yg dok suruh aku update blog…hukhukk…cm byk mase je nk mengadap mende ni…mklm la…dapt gune tenet bile kat opis jek…kalu dok ngadap blog…bile plak kje aku nk siap…hehe…so bile ade ms free br la leh mengarang sket…

cube kire..sume skali ade 12..opps..terlebih sorang plak..si rahimah la ni...

cube kire..sume skali ade 12..opps..terlebih sorang plak..si rahimah la ni...

entry kali ni nk story sket psl kwn2…dlu ms kat utm, geng sume ade 11 org..haha..sile tgk kat ats yer..tp…huk huk..ooo..terlebih sorang la plak…rahimah dr kolej perdana..die ni kalu bosan2 salu gak lepak kat kolej kitorang..takpela..heheh…

pstu..bile da abis blajar…sorang2 kawen..memule kak ecah..die dtg g konvo pon inai masih merah lg..hehe…pstu, kak noni plak..masing2 g knduri die..br la dpt jmpe geng2 lame….pstu rose nye turn…yg ni agak best sket..smbil2 g mjls rose..kitorang g bercuti skali..yeah..langkawi…hak hak…enjoy this pic…tp..sori ek kak ecah n kak non..gmbo akk dua takde la..nti jun cilok dr fs akk eh..hihi…kalu da jmpe br jun upload gmbo akk bdua..hihi…

ni mase rose tunang..feb 2008

ni mase rose tunang..feb

msti teringat gmbo ni kan..hehe...

msti teringat gmbo ni kan..hehe...

ish..geram tul la komp ni..da pnt karang byk2..tup2 ilang plak..da abis idea aku..huhu…hampeh tol…

pasni..masing2 dok kejar2 la dpt gelaran baru..’mak, mama, ibu, umi’…ape lg eh..tp..nmpknye rose yg menang..hehhe..congrats rose and apis for your princess…baby ni lahir bbrp hari pas besday aku..yeye..ade geng.nti leh mintak mak bpk die bli adiah besday aku skali..hehhe…comel banget si kecik ni..mcm rose gak..nk tgk ke??? kak non and kak ecah..usaha lg yer..kitorang sntiasa doakan akk berdua…tgk la si comel ni..

Auni Batrisyia Mohammad Hafiz

Auni Batrisyia Binti Mohamad Hafiz

hehe..tak lupe juga wat malia..debor2 dah tu nk tgu ari langsungnye..moga segala persiapan bjalan lancar ek…tk sabo nk mkn nasi minyak korang..hehhe…kasi tatap pic lia yg cun ni ha..(sori ek..aku cilok pic ni dr fb ko..heheh..jgn mrh ha..)

congrats lia & din...moga impian menjadi nyata..

congrats lia & din...moga impian menjadi nyata..

Kwn2 yg lain..pasni turn korang plak la yer..bile gaknye…moga ape yg diimpikan akn mnjadi nyata…elfi..shila..niq..aini….kak put…nad…nk gak tgu berita dr korang….bile nk tunang..nk kawen..jgn lupe jmput kengkawan lain eh…insyaAllah kalu takde aral yg melintang pukang..aku smpi la nti kat mjlis korang tuh…takat ni..mjls kawen tak miss lg la..cume mjls tunang je ade yg tak g..sori bebanyak yer lia…takpela..mjls aku pon ko tak smpi gak..hehe…
semoga sume sehat2 jek..buat korang…aku syg kat korang..teringat zaman2 kite kat u..wah..sonoknyer..rindu kat korang..bile nk wat gathering ni…cik lia..sila proceed ngn plan kite yer..hehee….i’m waiting….
sebelum terlupe..hepi besday nadia…dah tua dah..kawen cpat…ehehhe….
ok la..da byk sgt ni…curi tulang time kje sbnanyer..heehe..bos da kuar….cau cin cau…assalamualaikum.. =p
July 22nd, 2009 at 2:43 am and tagged

Monday, July 13, 2009

AIR SEMBAHYANG


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini'.

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini'.

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim'.

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat'

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri
.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?


Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?

Cara Aurat Wanita Didedahkan

oleh albasriey@yahoo. com

____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Seh! ingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. .

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?


Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.


Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanja! ng).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala........ orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwan! ya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.


Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menja! di fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup.. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.


III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mu! stahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.


Penutup
Demikian halus,! cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

Thursday, July 9, 2009

Tagg From Puppet.....kena jugak..


*
Bekas kekasih saya adalah.. [yang mana satu ek???emmm...]
* Saya sedang mendengar... [lagu siti...sbb aku bukak blog puppet..lagu siti ja kuar..pastu budak prac kat tmpt aku bukak lagu serikandi cintaku...mana satu aku nak dengar nie...]
* Mungkin saya patut.. [tidor sekarang nie...]
* Saya suka... [jadi bos...tapi lambat lagi kot...]
* Sahabat-sahabat saya... [org yg selalu lepak n tak lupakan aku..]
* Saya tak paham... [sbb apa student aku selalu main dalam kelas...tak larat nak marah dah...]
* Saya kehilangan.. [alhamdulillah belum lagi....]
* Ramai yang berkata.. [aku cakap banyak...kalah bini aku]
* Cinta itu adalah... [best siot kalau jd..kalau tak jadi..hampeh...]
* Di suatu tempat, seseorang sedang... [tak dak org la kat sini...aku sorang ja..]
* Saya akan cuba... [jaga keluarga saya..]
* Ayat SELAMANYA membawa maksud.. [lama bangat..]
* Telefon bimbit saya.. [nokia E71...keluar2 terus beli..]
* Bile saya terjaga... [saya buka mata la...]
* Saya paling meluat... [aku lelaki..susah la nak meluat org...suka sokmo..]
* Pesta/parti adalah [ala..yang ada rumah hantu...mcm fun fair jugak...]
* Haiwan yang paling comel penah saya temui... [kuda padi..]
* Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah... [zaman remaja...bebas bergaul...wakakak..]
* Hari ini.. [kemas bengkel..student nak masuk dah..pastu lepak2..edit blog..]
* Malam ini saya akan.. [cari bini saya...malam nie kan malam jumaat..wakakak...tut...18sx]
* Esok pula saya akan.. [cuti la....kedah kan cuti jumaat sabtu..]
* Saya betul2 inginkan.. [penyeri keluarga...]
* Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini.. [cari jerawat...heheh..cabut janggut..hehheh]
* Pusat membeli belah atau arked permainan... [c-mart,yawata,JJ,Tesco,Gaints....]
* Makanan barat atau jepun.. [barat..jepun tak sedap...semua tak masak...uwek...]
* Bilik yang terang atau gelap.. [terang la..boleh cabut janggut n tgk jerawat..]
* Makanan segera adalah... [maggie n bihun]
* Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang.. [gud luck...sbbkwn2 nak jawab exam induksi di Pulau Pangkor]
* Siapa yang anda ingin tag.. [jwpn sama mcm puppet...::semua yg ade link kt blog aku ni....hehe]

ABSOLUTELY AMAZING and BRILLIANT!!!!!!!

Beauty of Math!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Now, take a look at this...

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%


THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

It's up to you if you share this with your friends & loved ones just
the way I did.

Have a nice day !!

Tuesday, July 7, 2009

Pahala Seorang Wanita....

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau
bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap
sampaikanlah artikel ini kpd para wanita..........

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang
ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada
siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada
malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat..

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.

24.. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk
menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup
dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab
dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya". Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik" Ibnu - Majah.

Wednesday, July 1, 2009

Hari Keluarga Kursus Aku..(STE)








Gambar 1 : Gamabq2 kenangan masa "family Day" pada 6 Jun 2009













Gambar 2 : Bertempat di Bukit Wang, Jitra Kedah D.A

Adat Menyambut Kelahiran Dalam Islam

Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut bayi diantaranya:

Disunatkan mengucapkan tahniah

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim. Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah:

“ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya. Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan“ Mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau"".

Disunatkan azan dan Iqamah

Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud: Sesiapa yang memperolehi cahata mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqmahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan syaitan”. Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindung daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah.

Melakukan Tahnik atau membelah mulut
Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan-perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya. Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya. Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya: “ Telah dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku” amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan anggota mulut bayi supaya lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.

Mencukur rambut
Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

Berkhatan
Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat,

• menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.
• Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain mengatakan khatan
hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada hadis Rasulullah
s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia dari
golongan dewasa”

Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak. Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w.. yang bermaksud:

“ Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”. (Riwayat Al-Baihaqi).

Manamakan anak
Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang bukan Islam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.


Tq My Wife..

--- On Mon, 22/6/09, rosmawatie wrote:

From: rosmawatie
Subject: Fw: ((Tmn2Syurga)) Adat Menyambut Kelahiran Dalam Islam
To: "abang hafiz"
Date: Monday, 22 June, 2009, 10:39 AM

And…also tq to

http://comelblaker.blogspot.com/
http://azwansyahmi.blogspot.com/